Friday, February 24, 2012

Kembara..

Kecewa???

Entahler, kadang memang ada rasa macamtu tapi bila fikirkan dah banyak yang aku lalui dalam hidupni, aku jadi ambil mudah dan dah tak kisah..

memanglah perit dan sakit bila pikir, tapi 'kadangkala kita kehilangan untuk apa yang kita mahu' jadi aku redha. Bertahun menyimpan anganan untuk kembali ke sana buat aku jadi 'lupa' ada harga yang aku perlu bayar bila terpaksa menerima jawapan yang tak diduga tapi sebenarnya telah dijangka..

Tak apala, seperti niat dihati aku akan kembali kesana walaupun untuk seketika kerana aku tahu mungkin aku tak punya banyak waktu seperti dahulu

Buat mereka yang tak memahami atau tak mahu mengerti, aku bukan 'gila kebebasan dan kebendaan sekadar mengisi peluang. Bumi tuhan ini cukup cantik untuk dipandang, apakah satu kesalahan andai aku ada ruang???

Tak mengapalah, selama ini aku telah terbiasa dengan kata nista dan segala, moga ada 'bahagian' untuk kita walaupun tak sama..

Alhamdulillah..

Thursday, January 5, 2012

Ombak Rindu...........

BIAR OMBAK BADAI DATANG MENGHEMPAS , NAMUN AKU TETAP TENANG BERDIRI DISINI ,, MENANTI MU... sesekali penantian itu satu keindahan, dan selalunya penyiksaan... percayalah ketenangan itu satu kebahagiaan... maka tenanglah...
suka tul ayat-ayat metafora ni..

aku bukan 'in love dengan ayat-ayat ini tp amat terkejut jugak bila kawan2 lelaki 'batu aka rock' mcm ustaz hanafi yang nmpak brutal tapi jiwang..ecehhhhh..

Guling-guling aku gelak bila seorang dari kengkawan aku declare`ko jer tak jumpa lelaki mcm harris dalam ombak rindu tu.. walah, on tv screen smua org bleh jadi somebody realitinya mungkin makan ati!

Tapi.. aku akui mungkin satu dalam berjuta-juta makhluk allah bernama lelaki ada seperti itu. barangkali...

Rasa kasih itu tiada sempadan, bila hati dilimpahi kebahagian namun tak ramai menghargai kewujudannya..

Be the one right now, to appreciate someone and your love ones!!!!!!!!!

LoVe...