Kecewa???
Entahler, kadang memang ada rasa macamtu tapi bila fikirkan dah banyak yang aku lalui dalam hidupni, aku jadi ambil mudah dan dah tak kisah..
memanglah perit dan sakit bila pikir, tapi 'kadangkala kita kehilangan untuk apa yang kita mahu' jadi aku redha. Bertahun menyimpan anganan untuk kembali ke sana buat aku jadi 'lupa' ada harga yang aku perlu bayar bila terpaksa menerima jawapan yang tak diduga tapi sebenarnya telah dijangka..
Tak apala, seperti niat dihati aku akan kembali kesana walaupun untuk seketika kerana aku tahu mungkin aku tak punya banyak waktu seperti dahulu
Buat mereka yang tak memahami atau tak mahu mengerti, aku bukan 'gila kebebasan dan kebendaan sekadar mengisi peluang. Bumi tuhan ini cukup cantik untuk dipandang, apakah satu kesalahan andai aku ada ruang???
Tak mengapalah, selama ini aku telah terbiasa dengan kata nista dan segala, moga ada 'bahagian' untuk kita walaupun tak sama..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment